Ahad, 30 September 2012

nota soalan spot pmr 2012

soalan spot pmr2013
klik sini untuk download
 jika tidak boleh buka sila guna yang ini pula
download ini guna open office
kesesuaian nota
-nota ini sgt2 sesuai utk di baca sejam sebelum masuk exam pmr sebenar
- juga untuk pelajar yang amat pemalas tahap cipan + gaban - ultraman
-utk pelajar yg konon-konon miskin tak mampu beli buku rujukan
isyaAllah boleh lulus.

Rabu, 25 Julai 2012

NOTA EXCELL









NOTA RINGKAS MICROSOFT EXCEL
 

1         PENGENALAN

o      Hamparan atau lembaran termasuk menggunakan teks, perhitungan dam manipulasi nombor serta carta.
o      Program ini berguna bagi yang terlibat dengan banyak data, figure yang memerlukan pengiraan
o      Membantu memudahkan kerja-kerja pengiraaan
o      Program hamparan lain Lotus 123.

2         Istilah Penting

2.1       Workbook

o      Workbook - Fail dalam spreadsheet
o      Menyimpan data yang dimasukkan dalam helaian kerja (worksheet)
o      Boleh mengandungi lebih daripada satu helaian kerja

2.2       Helaian Kerja

o                                 Digunakan bagi memasukkan data dan membuat kerja-kerja pengiraan
o                                 Terdiri daripada sel yag disusun mengikut baris(row) dan jalur(kolum)

2.3       Formula

o      Penggunaan formula dalam membuat pengiraan dengan dimulakan tanda persamaan (=) dan diikuti dengan operasi matematik.

3         Jenis Data

o      Label(Terdiri dari teks dan terhad kepada 255 aksara)
o      Nombor (Terdiri dari angka serta tarikh dan pengiraan boleh dibuat ke atas nombor data.)
o      Formula (Merupakan operasi matematik)

4          Memasukkan Data

o      Program Excel yang dibuka akan memaparkan helaian kerja yang kosong berbentuk sel-sel
o      Data perlu dimasukkan dalam mana-mana sel. Bagi memudahkan pengurusan disarankan supaya        memulakan kerja di sel sebelah kiri bahagian atas helaian kerja.
o      Bagi memasukkan data seterusnya tekan kekunci Arrow mana yang berkenaan atau klik mana sel yang berkenaan.
o      Jika data panjang melebihi sel yang ada boleh diubah sel mengikut kesesuaian
o      Save untuk menyimpan sesuatu kerja.

5         Autofill

o      Membantu untuk mengisi data mengikut turutan dan hanya perlu memasukkan nilai yang pertama sahaja. Bagi nilai seterusnya akan dimasukkan secara automatik.

5.1       Cara Autofill

o                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Klik sel yang hendak dimulakan autofill taip nombor yang hendak dimulakan>Enter>letakkan penunding di tempat asal(di dalam sel di mana nombor permulaan ditaip)>klik Menu Edit>Fill>Series>pada kotak dialog pilih kolum atau row>pada kotak step value taip nombor permulaan dan pada kotak stop value taip nombor akhir yang dikehendaki>OK

6         Format Helaian Kerja

o      Membolehkan anda memformatkan lembaran kerjayang lebih menarik mengikut kehandak anda
o      Kerja-kerja format yang boleh dilakukan seperti memberi tajuk,menambah medan baru, penjajaran, corak kepada medan, tukar saiz dan warna teks, tentukan dapat perpuluhan, mengambungkan sel dan tukar nama helaian kerja.

6.1       Memasukkan Tajuk Dalam Helaian Kerja

o      Klik sel yang berkenaan>taip tajuk yang dikehendaki

6.2       Penjajaran Teks Tajuk

o      Proses blok: Klik sel (jangan lepas)di di sel berkenaan bawa butang tetikus dalam sel yang dipilih dan lepas >perhatikan sel yang dipilih dihitamkan kecuali sel yang pertama
Klik butang Merge and Center

a

   a









kemudian pilih jajaran samaada kiri, kanan atau tengah

6.3       Menambah Baris

o      Letakkan penunding di sel  yang berkenaan>klik Insert>pilih Row bagi baris atau column bagi kolum>OK

6.4       Menukar Corak atau Paten

o      Klik Format>Cells>Pattern>pilih colour dan pattern>OK

6.5       Tukar Saiz Dan Warna Teks

o      Klik button kotak kombo font size>pilih saiz font>klik kotak kombo font color>pilih warna>OK

6.6       Tentukan Nombor Pada Sel

o      Klik Format>Number>pilih mana yang dikehendaki pada kotak Category>OK

7        





Menggunakan Formula

o      Kekuatan Excel adalah kebolehan untuk membuat pengiraandengan cepat dan tepat. Anda hanya perlu menggunakan formula begi tujuan ini.

7.1       Asas Menggunakan Formula

o      Operator pengiraan berdasarkan kepada formula berikut: campur (+), tolak (-), darab(*),bahagi(/) dan kuasa(^) 
o      Pembinaan formula misti bermula dengan tanda   :  =
o      Formula yang boleh digunakan bagi
o      Membuat pengiraan
o      Memberi kategori dengan menggunakan kenyataan IF
o      Analisis statistik
o      Perubahan data asas akan mengubahhasil formula
o      Susunan keutamaan pengiraan:
o      Akan mengira nilai dalam kurungan terlebih dahulu
o      Peratusan (%)
o      Eksponen (^)
o      Darab (*)
o      Tambah (+)
o      Tolak (-)

7.2       Membina  Formula

o      Formula boleh dibina melalui cara manual atau pun menggunakan Fungsi.

7.2.1     Membina Formula Secara Manual

o      Klik sel yang bagi jumlah atau formula yang dikehendaki>taip = diikuti formula yang dikehendaki

7.2.2     Menggunakan IF

o      Formula boleh digunakan dengan menggunakan fungsi IF bagi mendapatkan data secara automatik berdasarkan kepada logic.
o      Sekiranya anda memerlukan dimasukkan data secara automatik bagi markah 80-100 = A, 75-79=B+, 65-74=B, 50-64=C, 40-49=D dan bawah 40 =F    boleh menggunakan IF.  Caranya dengan meletakkan penunding di sel yang dikehendaki kemudian taip: nama sel(data yang telah dimasukkan) dan formulanya.
o      Contoh: jika sel data A3:-     =IF(A3>=79,"A",IF(A3>=75,"B+",IF(A3>=65,"B",IF(A3>=50,"C",IF(A3>=40,"D", IF(A3<40,"F"))))))
o      Hati-hati dengan ) supaya jumlahnya bersamaan dengan (

7.2.3     Membina Formula Menggunakan Fungsi

o      Fungsi adalah formula yang ditentukan dan disimpan dalam Excel. Terdapat ratusan fungsi yang ada dalam Excel.
o      Sintaks Fungsi ialah : =Nama Fungsi
o      Sebahagian contoh fungsi:
o      Campur :=sum(nama sel awal:nama sel akhir) atau @sum(nama sel awal:nama sel akhir)
o      Purata : AVERAGE :ATURCARA SAMA SEPERTI CAMPUR ,CUMA DITUKARKAN SUM KEPADA AVERAGE

7.2.4     Menyalin Formula

o      Klik di sel formula yang asal>klik butang kanan tetikus>copy>alih ke permulaan blok sel (destinasi) yang hendak disalin>Enter atau klik tetikus kanan>Paste

7.3       MESEJ RALAT FORMULA

o   Di antara mesej ralat formula
Kod Kesilapan
Pengertian
#DIV/O
Formula cuba membahagikan dengan nilai kosong
#N/A
Formula merujuk kepada nilai yang tidak boleh didapati
#NAME
Formula mengandungi teks yang tidak difahami
#NUM
Formula silap menggunakan nombor
#REF
Formula mengandungi rujukan sel yang tidak sah
#VALUE
Formula merujuk kenyataan atau operator yang salah
 

8         Analisis Statistik

o      Excel juga boleh membuat analisis statistik seperti Bilang(count), Jumlah(Sum), Min (Average), Sisihan Piawai (Standard deviation), Minimum, Maksimum.

8.1       Cara untuk Bilang(Count)

o      Klik mana-mana sel(bagi mengetahui jumlah)>klik butang Paste Function  fx)
o      Pada kotak dialog pilih Count (dalam function name)>OK>dalam kotak dialog  Value pilih sel-sel yang hendak dibilang>OK
o      Bagi lain-lain  fungsi analisis statistik seperti Jumlah, sisihan piawaian aturcara lebih kurang sama Cuma pilih mana-mana yang berkenaan.

9         Menyediakan Carta

o      Penyediaan carta boleh dilakukan dan Excel ada menyediakan Wizard Carta
o      Diantara jenis carta di sediakan ialah Bar,Line,Pie, XY,Area dan Kolum

9.1       Cara Menyediakan Carta

o      Klik butang Wizard Carta(butang gambar carta)>pilih custom type>pilih jenis carta yang dikehendaki(dalam chart type)>pilih bentuk (dalam chart sub-type)>Next>klik Data range>masukkan data range yang diperlukan bagi membina carta>Next>taip nama carta>Next>pilih di mana carta hendak diletakkan>Finish

9.1.1      Mengedit Option Carta

o      Jika perlukan label petunjuk (legend) dalam carta, dalam sel bertentang perlu ditaipkan label petunjuknya terlebih dahulu. Contoh : petunjuk lelaki, perempuan. Jika tidak ditaip petunjuk ianya akan ditunjukkan sebagai bilangan nombor.

9.1.2     Cara Untuk Mengedit Carta

o      Klik Carta>pilih Chart type atau chart option mana yang dikehendaki>OK

9.1.3     Meletak Carta Di Lembaran Khusus

o      Klik Chart>Location>as New Sheet>OK

9.1.4     Mengubah Format Carta

o      Pilih Kawasan Carta dengan mengkliknya mana-mana kawasan carta>pilih Format>pilih Selected Data Series>klik Font>pilih font >OK. INGATAN SELEPAS KLIK FORMAT PERKATAAN SELECTED DATA SERIES TIDAK AKAN KELUAR DAN MUNGKIN KELUAR ARAHAN LAIN BERGANTUNG KEPADA DI MANA ANDA KLIK KAWASAN CARTA.

10     Menapis Rekod

o      Excel juga berkemampuan untuk menapis rekod yang dikehendaki sahaja, umpamanya anda hanya perlu senarai pelajar yang gagal iaitu mendapat grade F sahaja atau A sahaja.

10.1   Cara Untuk Menapis

o      Klik penunding pada sel(mana-mana pada kolum yang dipilih)>Klik Data>Filter>Autofilter>akan terpapar anak panah penapis pada sel yang paling atas dalam kolum berkenaan>klik anak panah dan senarai akan terpapar>pilih senarai yang dikehendaki>hasil tapisan akan terpapar.
o      Untuk kembali ke data asal dalam senarai>klik anak panah penapis> pilih All.

10.2   Memilih Senarai Tertinggi  atau Terendah

o      Klik anak panah penapis>klik (Top 10..)>terpapar kotak dialog (pilih Top atau Bottom)>tukar nombor mengikut yang dikehendaki>OK
o      INGATAN KOTAK DIALOG TIDAK AKAN KELUAR APABILA DI KLIK (TOP 10..) DISEBABKAN SEL ITU ADALAH SEL YANG DIMASUKKAN FORMULA ATAU DATA SEL SELAIN DARIPADA NOMBOR

10.3   Menyisih Berdasarkan Syarat Perbandingan

o      Klik anak panah penapis>klik Custom>terpapar kotak dialog >Pilih Perbandingan yang dikehendaki> OK

10.4   Mengisih Senarai Menaik atau Menurun                              

o      Klik mana-mana sel kolum yang hendak diisih>klik butang Sort (AZ|) atau (zA|) mana yang berkenaan>hasilnya akan terpapar.
o      INGATAN JANGAN SESEKALI MEMILIH (BLOK) KESELURUH KOLUM KERANA EXCEL AKAN MENYISIH KOLUM ITU SAHAJA DAN BUKAN KESELURUHAN SENARAI. JIKA INI BERLAKU DATA ANDA TELAH BERUBAH DARIPADA DATA ASAL ATAU SEBENARNYA.

11     Mencetak Helaian Kerja

o      Kerja-kerja mencetak boleh dilakukan:
o      Bahagian tertentu sahaja
o      Helaian kerja sahaja
o      Keseluruha workbook
o      Sebelum mencetak anda boleh preview terlebih dahulu untuk melihat hasil cetakan dan memboleh membuat  Setup pada mukasurat, margin, header and footer dan juga helaian.

11.1   Membuat Preview, Setup dan Cetak

o      Klik File>Print Preview atau klik butang preview cetak
o      Pilih butng yang berkenaan terpapar di atas skrin
o      Jika berpuashati klik>OK> Print


Isnin, 28 Mei 2012

objektif kajian


Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:-
1)      Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.
2)      Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.
3)      Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit  pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.
4)      Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.
5)      Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.
6)      Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit pasar lambak Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak.

ubah ubah la ayat ye...

nilai murni... download la.
https://www.box.com/s/0e472dcffad8e3d07dd6

Khamis, 19 April 2012

KURSUS MULTISEAT DAN PENGUKUHAN BLOG





Tempat : Makmal ICT A
Hari      : Khamis
Tarikh   : 19 april 2012
Masa    : 10-12
Kursus Multiseat Dan Pengukuhan Blog

Dalam kursus ini ahli briged bestari teleh didedahkan dengan cara pengunaan membina soalan dengan menggunakan hp test disigner. Dalam kursus ini mereka juga mengukuhkan lagi pengetahuan terhadap blog.

Isnin, 26 Mac 2012

latihan literasi komputer

Soalan Ulangkaji Sejarah Komputer

SEJARAH KOMPUTER

1. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara.
A. Betul B. Salah

2. Arahan dan data yang di simpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan tetapi storan sekunder dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan.
A. Betul B. Salah

3. Kebaikan storan sekunder adalah menjimatkan ruang, kebolehpercayaan, mudah dicapai dan ekonomik.
A. Betul B. Salah

4. Contoh cakera magnetik ialah cakera keras dan cakera liut.
A. Betul B. Salah

5. Cakera optikal termasuk dalam kategori jenis-jenis storan sekunder.
A. Betul B. Salah

6. Transistor mula digunakan pada Generasi Ketiga dalam sejarah Komputer.
A. Betul B. Salah

7. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL dicipta pada Generasi Kedua.
A. Betul B. Salah

8. Istilah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI) adalah sinonim dengan Generasi Kelima.
A. Betul B. Salah

9. Pada Generasi Kedua, transistor digunakan untuk menggantikan tiub vakum.
A. Betul B. Salah

10. CD-ROM mula digunakan semasa Generasi Keempat dalam sejarah komputer.
A. Betul B. Salah

11. Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat).
A. Betul B. Salah

12. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL digunakan dalam Generasi Kedua.
A. Betul B. Salah

13. Generasi Ketiga komputer bermula dari tahun 1964 hingga tahun 1970.
A. Betul B. Salah

14. Bahasa pengaturcaraan seperti BASIC dan Pascal dihasilkan dalam Generasi Keempat.
A. Betul B. Salah

15. Dalam Generasi Keempat, teknologi cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )) dicipta.
A. Betul B. Salah

16. Komputer dalam Generasi Kelima mempunyai ciri pemprosesan yang lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
A. Betul B. Salah

17. Transistor dicipta oleh saintis dari Bell Laboratories iaitu J. Bardeen, H. W. British dan W. Shockley.
A. Betul B. Salah

18. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL dicipta pada Generasi Kedua.
A. Betul B. Salah

19. Teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu tiub vakum yang diletakkan pada kepingan silikon.
A. Betul B. Salah

20. Era minikomputer bermula apabila minicomputer PDP-8 ( 1965 ) dicipta.
A. Betul B. Salah

21. Istilah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI) adalah sinonim dengan Generasi Kelima.
A. Betul B. Salah

22. Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, manakala Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
A. Betul B. Salah

23. Super komputer yang popular pada Generasi Keempat ialah CRY I.
A. Betul B. Salah

24. Komputer Generasi Kelima memiliki ciri kepintaran buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu pintar.
A. Betul B. Salah

25. Generasi Kelima Komputer bermula pada tahun 2001.
A. Betul B. Salah

26. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer.
A. Betul B. Salah

27. Peranti Input digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat analog yang difahami oleh komputer.
A. Betul B. Salah

28. Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain.

29. Interaksi, pengetahuan, kesedaran dan tanggungjawab merupakan 4 konsep bagi literasi
komputer
A. Betul B. Salah

30. Butang scroll bar berfungsi untuk melihat isi kandungan tetingkap.
A. Betul B. Salah

31. Untuk mencetak sesuatu dokumen, arahan yang perlu dipilih ialah File > Printer.
A. Betul B. Salah

32. Fungsi Delete berfungsi untuk menghapuskan aksara di sebelah kanan kursor.
A. Betul B. Salah

33. Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat).
A. Betul B. Salah

34. Dalam sejarah komputer, terdapat empat generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri..
A. Betul B. Salah

35. Ciri utama dalam generasi pertama komputer ialah penggunaan teknologi tiub hampagas (vakum).
A. Betul B. Salah

36. Generasi Ketiga komputer bermula dari tahun 1964 hingga tahun 1970.
A. Betul B. Salah

37. Dalam Generasi Keempat, teknologi cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )) dicipta.
A. Betul B. Salah

38. Komputer dalam Generasi Kelima mempunyai ciri pemprosesan yang lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
A. Betul B. Salah

39. Istilah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI) adalah sinonim dengan Generasi Kelima.
A. Betul B. Salah

40. Kenyataan berikut merupakan ciri-ciri komputer mikro, KECUALI.
A. cirinya sederhana
B. dikenali sebagai komputer peribadi.
C. kosnya lebih dari RM 10,000.00
D. contoh komputer mikro; notebook, laptop

41aaa. Siapakah Steve Mozniak dan Steve Jobs?
A. Pengasas Apples Computer
B. Pengasas Linux
C. Pengasas Unix
D. Pengasas Windows




Soalan Ulangkaji Komponen dan Sistem Komputer

KOMPONEN DAN SISTEM KOMPUTER

41. Elemen sistem komputer adalah:
A. Perkakasan
B. Perkakasan dan perisian
C. Perisian
D. Tiada jawapan yang betul.

42. Pembesar suara (speaker) dikategorikan sebagai:
A. Input
B. Ouput
C. Storan
D. Pemprosesan

43. Yang manakah diantara berikut dikategorikan sebagai input?
A. Tetikus
B. Pengimbas
C. Kayuria
D. Semua di atas.

44. Apakah yang dimaksudkan dengan Input?
A. kerja pemprosesan yang dijalankan oleh komputer.
B. maklumat yang dikeluarkan oleh komputer.
C. data yang dimasukkan ke dalam komputer.
D. mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data.

45. Apakah yang dimaksudkan dengan MAKLUMAT?
A. data yang belum diproses oleh komputer.
B. data yang telah diproses dalam bentuk huruf, nombor, grafik, gambar dan suara.
C. kerja-kerja pemprosesan.
D. storam sekunder untuk menyimpan data.

46. Apakah fungsi peranti bunyi?
A. bertugas untuk mencetak maklumat yang diperlukan.
B. untuk memaparkan gambar pada skrin.
C. mengeluarkan data yang telah diproses ke bentuk yang dikehendaki.
D. menukar data output digital kepada ke bentuk suara.

47. Pemplot boleh dikategorikan sebagai:
A. Peranti output
B. Peranti Input
C. Storan sekunder
D. Perisian

48. Peranti ini menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej.
A. Pen cahaya
C. Kayu Ria
B. Skrin Sentuh
D. Pengimbas Optikal

49. Peranti ini boleh mengesan kedudukan stylus (pen) di atas permukaannya. Ia juga digunakan untuk menyurih lukisan yang diletakkan di atasnya.
A. Tablet grafik
B Pen Cahaya
C Model pengecam suara
D. Papan kekunci

50. “Peranti ini digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan kepada sesebuah sistem komputer.”
Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan:
A. Output
B. Input
C. Pemprosesan
D. Storan

51. Anda diminta menyusun langkah-langkah kerja pemprosesan di bawah mengikut urutan yang betul.
I. Data atau arahan diproses oleh peranti pemprosesan.
II. Data yang telah diproses kemudian dihantar kembali melalui peranti output (skrin
paparan).
III. Data ataui arahan masuk melalui peranti input (papan kekunci).
A. I, II dan III
B. I, III dan II
C. II, III dan I
D. III, I dan II

52. Unit ini adalah unit pengurusan. Ia bertindak sebagai coordinator dan bertanggungjawab mengawal selia operasi unit-unit yang lain. Ia memberitahu unit input bila maklumat patut dibaca ke dalam unit memori.Pernyataan di atas menerang tentang
A. Unit Input C. Unit memori
B. Unit Pemprosesan Pusat D. Unit Arimetrik dan Logik

53. Yang manakah antara berikut bukan merupakan memori sekunder?
A. Cakera keras C. CD-ROM
B. Kayu memori D. Kayu Ria

54. Kekunci ini digunakan sebagai kekunci pintas untuk jalankan arahan tertentu. Lazimnya, kekunci ini ditekan bersama kekunci lain.Kenyataan ini menerangkan tentang fungsi kekunci…
A. Scroll Lock C. Alternate
B. F1 D. Control

55. Berikut ialah perisian kendalian komputer KECUALI...
A. Windows.
B. UNIX.
C. Flash
D. DOS.

56. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara.
A. Betul B. Salah

57. Kebolehpercayaan (reliable) adalah salah satu kebaikan untuk storan sekunder..
A. Betul B. Salah

58. Jenis-jenis storan sekunder ialah cakera magnetik, pita magnetik dan cakera optikal.
A. Betul B. Salah

59. Hard disk dan cakera liut adalah satu contoh cakera optikal.
A. Betul B. Salah

60. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer.
A. Betul B. Salah

21. Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer dan peranti lain.
A. Betul B. Salah

Selasa, 21 Februari 2012

SOALAN KAJIAN TEMPATAN GEOGRAFI PMR 2012

Pelajar sekelian boleh melihat soalan geografi tempatan thun 2012. Sila pilih salah satu tajuk untuk dibuat kajian tempatan
 12



78

9 10

11  12

13  14

15 16
 17 18

19 20

21  22

23